Tel : 04-916 1926 Fax : 04-917 4508 /04-916 2367 info.ilpjitra@jtm.gov.my

PENGENALAN

Institut Latihan Perindustrian Jitra merupakan institut yang ke 10 yang di bawah Jabatan Tenaga Manusia (dahulu dikenali sebagai Jabatan Tenaga Rakyat), Kementerian Sumber Manusia dan telah siap dibina pada tahun 1989 dan mula beroperasi pada tahun 1990.

Institut Latihan Perindustrian Jitra telah dibuka dengan rasminya oleh Kebawah Dull Yang Maha Mulia Al Sultan Almutasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah Pada 7 Mei 1992 bersamaan 4 Zulkaedah 1412. Pada hari tersebut ILP Jitra dan turut mengadakan hari terbuka turut dihadiri oleh masyarakat setempat.

Institut ini didirikan dalam kawasan Bandar Darulaman di daerah Kubang Pasu, Lebih kurang 20 kilometer dari Alor Setar ibu negeri Kedah. Luas kawasan institut lebih kurang 12 hektar dengan kos lebih kurang RM16 juta bagi pembinaan bangunan termasuk kos pembelian alat-alat kelengkapan.

Sehingga kini ILP Jitra mempunyai pelbagai kemudahan yang diperlukan bagi menjalankan latihan kepada pelajar disamping mempunya pelbagai kemudahan untuk aktiviti riadah seperti gelanggang futsal, padang bola sepak, gelanggang bola tampar, gelanggang tenis, gelanggang badminton dan lain-lain.

Sepanjang kewujudan ILP Jitra, Institut ini telah berjaya menghasilkan lebih kurang 1400 graduan yang terlatih bagi keperluan industri. 

Nama-nama Pengarah

Bil

Nama Pengarah

Tempoh Perkhidmatan

1. Mohd Khalid bin Zahari 1991-1995
2. Zuraka bin Yusoff 1995-1998
3. Mohamad bin Yaakob 1998-2003
4. Hj Mohd Sukimi bin Hj Mat Salleh 2003-2005
5. Ir Azmi bin Ahmad 2005-2008
6. Megat Husain bin Megat Jaaffar 2008
7. Ts. Dr. Azmir bin Mohd Yunus 2008-2012
8. Ir Halim Azhar bin Hj Mohd Yatim 2012-2014
9. Hj Mohd Sukimi bin Hj Mat Salleh 2014-2016
10. Ahmad Iskandar bin Sulaiman 2016-2019
11. Mohd Faisal bin Abdul Hamid 2020-Sekarang

 

Skip to content