Warganegara Malaysia
Berumur 17 tahun sehingga 35 tahun
Lulus SPM atau setaraf dengan minimum Lulus Sejarah, Bahasa Melayu, Matematik dan satu subjek lain
Tempoh Latihan 2 Tahun 3 bulan Latihan Industri
Sijil Kemahiran Malaysia(SKM) mengikut tahap
Pelajar kursus ini dilengkapkan dengan pengetahuan dan kemahiran mengenai Penyejukbekuan dan Penyaman Udara (Komersil & Domestik) yang menitikberatkan langkah-langkah keselamatan, teknikal dan aspek-aspek lain berkenaan Penyejukbekuan dan Penyaman Udara melalui pendekatan amali yang semestinya lebih berkesan dan mudah dipelajari. Sebaik tamatnya kursus, pelajar yang berjaya melepasi penilaian dan peperiksaan yang disediakan akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan yang dikeluarkan oleh JPK. Selain itu, pelajar juga akan menerima Sijil Juruelektrik Perindustrian yang diiktiraf oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM)
Pelajar akan diajar dengan kemahiran memasang, mengendalikan dan menyelenggara semua jenis penghawa dingin yang digunakan secara Domestik (split unit dan window unit) & Komersial (Water Cooled Chiller, Air Cooled Chiller, Water Cooled Package Unit, Air Cooled Package Unit & Variable Refrigerant Volume/Flow(VRV) Unit).
Selaian itu, para pelajar juga akan diajar untuk cara fabrikasi logam,cara fabrikasi tiub, cara pengendalian refrigerant, HVAC Layout, HVAC Electrical sistem dan HVAC Piping Sistem.
Mereka yang mempunyai sijil kelayakan, modal dan kemahiran boleh memulakan perniagaan sendiri sebagai Kontraktor perkhidmatan penyelenggaraan & pemasangan bidang Penyejukbekuan dan Penyaman Udara. Selain itu mereka juga boleh sebagai Juruteknik, Penyelia & Pembantu Jurutera bidang Penyamanan Udara Domestik dan Komersial.
Loading...