Pelajar kursus ini dilengkapkan dengan pengetahuan dan kemahiran mengenai KENDERAAN PERDAGANGAN BERAT yang menitikberatkan langkah-langkah keselamatan, teknikal dan aspek-aspek lain berkenaan HEAVY COMMERCIAL melalui pendekatan amali yang semestinya lebih berkesan dan mudah dipelajari. Pelajar akan diajar merawat, memasang dan membaiki komponen-komponen kenderaan perdagangan berat seperti bas, lori dan treler. Pembelajaran juga turut meliputi pendedahan kepada sistem brek, sistem gantungan, system stering, system hydraulic dan lain-lain.
Pertumbuhan pesat industry pengangkutan memerlukan ramai juruteknik yang boleh merawat dan membaikpulih kenderaan perdagangan berat.