Berumur 17 tahun sehingga 35 tahun
Lulus SPM atau setaraf dengan minimum Lulus Sejarah, Bahasa Melayu, Matematik dan satu subjek lain
Tempoh Latihan 2 Tahun 3 bulan menjalani latihan industri
Pelajar-pelajar yang telah tamat dengan jayanya akan dianugerahkan 2 sijil iaitu Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran dan Sijil Juruteknik Perindustrian yang dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Manusia.
Kursus Teknologi Penyelenggaraan Mekanikal TPM merupakan 1 kursus di mana pelajar dilengkapkan dengan info, pengetahuan, kemahiran dan amali mengenai penyelenggaraan mekanikal dan sistem elektrikal yang mana menekankan aspek keselamatan yang tinggi.
Pelajar akan diajar asas keselamatan di tempat kerja, proses menggegas, memotong, mengimpal, penggunaan mesin mekanikal seperti mesin larik, mesin gerudi, mesin kisar dan pelbagai lagi jenis mesin. Para pelajar juga akan didedahkan dengan proses-proses penyelenggaraan berkala, penyelenggaraan mengikut jadual dan penyelenggaraan segera.
Peningkatan permintaan bidang penyelenggaraan dari pihak industri membuka peluang yang banyak kepada lepasan kursus ini untuk menyertai pasukan penyelenggaraan sesuatu syarikat. Pelajar yang memperoleh Sijil TPM juga boleh membuka syarikat penyelenggaraan mekanikal sendiri jika mempunyai modal atau sambung belajar ke peringkat lebih tinggi di institut pengajian yang lain.
Loading...