Berumur 17 tahun sehingga 35 tahun
Lulus SPM atau setaraf dengan minimum Lulus Sejarah, Bahasa Melayu, Matematik dan satu subjek lain
Tempoh Latihan 2 Tahun 3 bulan Latihan Industri
Jenis-jenis kimpalan yang digunakan dalam kursus ini adalah Sheild Metal Arc Welding (SMAW), Gas Metal Arc Welding (GMAW) dan Gas Tungsten Arc Welding (GTAW) dan lain-lain lagi.
Pelajar akan diajar tentang kaedah mengimpal dari pelbagai kedudukan mengimpal sehingga kedudukan paip 6G.
Selain mempelajari tentang mengimpal, pelajar juga didedahkan dengan ilmu-ilmu berkaitan seperti jaminan kualiti, pemeriksaan dan ujian, kaedah pemeriksaan kualiti kimpalan secara pemeriksaan visual, ujian tanpa musnah (NDT) dan ujian musnah (DT).
Latihan juga merangkumi kemahiran merancang, menyelia, memeriksa, dan ujian Welding Qualification Test (WQT) untuk memenuhi keperluan jaminan kualiti kimpalan dan kompeten para pelajar.
Lulusan kursus ini berpeluang menceburkan diri di dalam sektor pembuatan industri, loji pemasangan mesin, industri perabot, kerja-kerja struktur pembinaan, kilang penapis minyak, membaiki kereta, penyelenggaraan bengkel, peralatan elektrik dan loji jentera perindustrian.
Loading...