ALAT PENGESAN KEROSAKAN PERALATAN ELEKTRIK DAN PENYUKAT NILAI ARUS BOCOR KE BUMI DAN DILENGKAPI DENGAN IOT SISTEM (AKRAE).
OBJEKTIF
1. Membangunkan alat pengesan kerosakan peralatan elektrik dan penyukat nilai arus bocor ke bumi dan dilengkapi dengan IOT sistem.
2. Mengelakkan gangguan bekalan elektrik terjadi kepada keseluruhan bengkel ketika pelajar membuat pengujian sesuatu peralatan elektrik atau projek.
DISKRIPSI PROJEK
- ALAT PENGESAN KEROSAKAN PERALATAN ELEKTRIK DAN PENYUKAT NILAI ARUS BOCOR KEBUMI ini adalah untuk kegunaan kepada peralatan elektrik satu fasa 230Vau sahaja.
- Alat ini berfungsi sebagai penghalang dari terjadinya gangguan bekalan elektrik pada keseluruhan bengkel jika terdapat kerosakan pada peralatan atau pemasangan elektrik yang diuji
- Nilai arus bocor yang mengalir ke bumi juga boleh diukur oleh alat ini.
- Bekalan elektrik 1 fasa akan disalurkan melalui alat ini kepada beban yang hendak diuji.
- Sekiranya terdapat kerosakan seperti litar rosak ke bumi pada pendawaian yang diuji, maka hanya alat ini yang akan bertindak memutuskan bekalan tanpa menganggu bekalan elektrik pada bahagian lain. Ini akan mengelakkan bahagian-bahagian lain seperti pejabat dari mengalami gangguan bekalan elektrik.
- Kawalan untuk alat ini menggunakan suis-suis dan lampu penunjuk yang dipasang dengan kemas untuk kemudahan operasinya. Sistem perlindungan untuk arus lebih dan rosak ke bumi disediakan, Paparan voltan dan arus boleh di lihat pada meter yang dipasang.
- Paparan voltan dan arus serta penunjuk-penunjuk isyarat alat ini juga boleh dipantau menggunakan telefon bimbit & peranti-peranti lain (IoT Monitoring System)
- Alat ini mudah dikendalikan, rekabentuk yang kemas, selamat, mudah diselenggara dan juga ia boleh dipindah untuk kegunaan di tempat-tempat lain kerana ia sangat ringan.
- Tonggak IR4.0 : IoT (Industrial Internet of Things) - Monitoring System.
METODOLOGI PROJEK
Sistem elektrikal : Menggunakan geganti yang dibuka dan ditutup secara elektrik dengan mengaplikasikan magnet buatan. Ia mempunyai pin NO (normally open, asalnya terbuka) dan NC (normally close, asalnya tertutup). Pin NO akan mengalirkan arus elektrik manakala Pin NC akan memutuskan litar jika geganti menerima arus bagi mengelakkan gangguan bekalan elektrik dan meter untuk menyukat nilai arus elektrik di samping menghantar data ke peranti mudah alih bagi memudahkan data direkod.
Casing projek : Menggunakan papan lapis serta fomica bagi membangunkan casing prototaip projek. Setelah projek ini siap dan untuk dikomersialkan bahan lain yang sesuai akan digunakan bagi menghasilkan casing.
CIRI -CIRI DAN IMPAK PROJEK
- Tiada dalam pasaran lagi yang seumpamanya.
- Sesuai digunakan pada peralatan elektrik yang sebenar pada perumahan atau pada industri untuk kerja-kerja pengujian dan mengesan kerosakan.
- Sesuai digunakan pada bengkel-bengkel atau makmal-makmal untuk tujuan membuat pengujian pada peralatan elektrik.
- Sangat sesuai digunakan di semua tempat latihan yang mempunyai kursus elektrik seperti ILP, IKM, Politeknik dan lain-lain
GAMBARAJAH LAKARAN PROJEK

LITAR PROJEK

GAMBARAJAH BLOK TANPA PEMASANGAN AKRAE

GAMBARAJAH BLOK DENGAN PEMASANGAN AKRAE & IOT SISTEM

Tab content goes here...
Tab content goes here...