BAHAGIAN TEKNOLOGI PENYELENGGARAAN MEKANIKAL
Kursus Teknologi Penyelenggaraan Mekanikal TPM merupakan 1 kursus di mana pelajar dilengkapkan dengan info, pengetahuan, kemahiran dan amali mengenai penyelenggaraan mekanikal dan sistem elektrikal yang mana menekankan aspek keselamatan yang tinggi.
Tempoh latihan di institut adalah 2 tahun (24 bulan) dan 3 bulan menjalani latihan industri.
Pelajar-pelajar yang telah tamat dengan jayanya akan dianugerahkan 2 sijil iaitu Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran dan Sijil Juruteknik Perindustrian yang dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Manusia.
Pelajar akan diajar asas keselamatan di tempat kerja, proses menggegas, memotong, mengimpal, penggunaan mesin mekanikal seperti mesin larik, mesin gerudi, mesin kisar dan pelbagai lagi jenis mesin. Para pelajar juga akan didedahkan dengan proses-proses penyelenggaraan berkala, penyelenggaraan mengikut jadual dan penyelenggaraan segera.
Peningkatan permintaan bidang penyelenggaraan dari pihak industri membuka peluang yang banyak kepada lepasan kursus ini untuk menyertai pasukan penyelenggaraan sesuatu syarikat. Pelajar yang memperoleh Sijil TPM juga boleh membuka syarikat penyelenggaraan mekanikal sendiri jika mempunyai modal atau sambung belajar ke peringkat lebih tinggi di institut pengajian yang lain.
Ketua Bahagian | ||
Nazariah Binti Md Zuki | Khairil Amir Bin Ramli | |
Pegawai Latihan Vokasional (DV44) | Pen. Pegawai Latihan Vokasional (DV29) | |
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | |
Abdul Halim Bin Mustafa | Muhamad Ismail Bin Zakaria | |
Pen.Pegawai Latihan Vokasional (DV36) | Pen.Pegawai Latihan Vokasional (DV36) | |
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | |
Mohd Nasser Bin Shaharah | Rahayati Binti Hanafi | |
Pen.Pegawai Latihan Vokasional (DV30) | Pen.Pegawai Latihan Vokasional (DV36) | |
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | |
Nor Hanita Binti Harun | Mohd Fardzly Bin Mustafa | |
Pen.Pegawai Latihan Vokasional (DV40) | Pen.Pegawai Latihan Vokasional (DV36) | |
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |
Kursus yang ditawarkan
Loading...