BAHAGIAN TEKNOLOGI PLASTIK
Pelajar kursus ini dilengkapkan dengan pengetahuan dan kemahiran mengenai operasi pengendalian dan troubleshoot mesin pemprosesan produk kejuruteraan plastik (plastic engineering product) yang menitikberatkan langkah-langkah keselamatan, teknikal dan aspek-aspek lain berkenaan operasi pengacuanan suntikan (operation injection moulding) melalui pendekatan amali yang semestinya lebih berkesan dan mudah dipelajari.
Tempoh latihan hanya 2 tahun iaitu 4 semester. Sebaik tamatnya kursus, pelajar yang berjaya melepasi penilaian dan peperiksaan yang disediakan akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 3 (L3). Selain itu, pelajar juga akan menerima Sijil Juruteknik Perindustrian yang diiktiraf oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM).
Pelajar juga boleh menyambung pelajaran ke peringkat diploma dan ijazah di institusi dan universiti kemahiran dalam Negara.
Fokus utama adalah, pelajar akan diajar mengenal sifat resin (properties of resins), pemahaman yang lebih mendalam mengenai proses pengacuanan suntikan (injection moulding process), prosedur naik dan turun mold serta penyelenggaraan mold, reka bentuk produk dan kawalan kualiti (quality control) produk kejuruteraan plastik. Pelajar akan diajar untuk mencari, mengesan dan menyelesaikan masalah ketika operasi proses pengacuanan suntikan. Selain itu, para pelajar akan diajar cara mendapat keyakinan yang diperlukan untuk berkomunikasi secara berkesan dan dapat menyumbang kepada proses membuat keputusan.
Permintaan tinggi sebagai injection moulding technician, production technician, production supervisor, production maintenance, technician (moulding), QA plastic injection moulding and plastic product design dan lain-lain di industri-industri tempatan dan luar negara menjamin peluang pekerjaan kepada lepasan kursus ini. Lulusan graduan berpeluang menjadi usahawan dalam bidang berkaitan serta tenaga mahir dan pakar di seluruh dunia.
Mohammad Jefri Bin Jaafar | ||||||
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | ||||||
Hakimi Bin Adam | Mohamad Helmi Bin Ismail | Norafidah Bt Hussin | Azhar Bin Sudin | |||
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | |||
Md.Isa Bin Latip | Mohd.Suhaini Bin Hashim | Norarfiza Bt Kamil @ Khamis | Sobri Bin Man | |||
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | |||
Kursus yang ditawarkan
Sijil Plastic Injection Moulding Operation Start Up Supervision (L3)
Loading...