BAHAGIAN TEKNOLOGI KIMPALAN
Kursus Teknologi Kimpalan
Pelajar kursus ini akan didedahkan kepada pengetahuan teori dan praktikal dalam proses pemotongan logam, mengimpal kepingan besi dan paip, logam keluli karbon, keluli tahan karat, aluminium dan lain-lain lagi.
Jenis-jenis kimpalan yang digunakan dalam kursus ini adalah Sheild Metal Arc Welding (SMAW), Gas Metal Arc Welding (GMAW) dan Gas Tungsten Arc Welding (GTAW) dan lain-lain lagi.
Pelajar akan diajar tentang kaedah mengimpal dari pelbagai kedudukan mengimpal sehingga kedudukan paip 6G.
Selain mempelajari tentang mengimpal, pelajar juga didedahkan dengan ilmu-ilmu berkaitan seperti jaminan kualiti, pemeriksaan dan ujian, kaedah pemeriksaan kualiti kimpalan secara pemeriksaan visual, ujian tanpa musnah (NDT) dan ujian musnah (DT).
Latihan juga merangkumi kemahiran merancang, menyelia, memeriksa, dan ujian Welding Qualification Test (WQT) untuk memenuhi keperluan jaminan kualiti kimpalan dan kompeten para pelajar. Diakhir kursus pelajar bidang ini akan menerima Sijil Teknologi Perindustrian yang dianugerahkan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM Tahap 3) dianugerahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
Lulusan kursus ini berpeluang menceburkan diri di dalam sektor pembuatan industri, loji pemasangan mesin, industri perabot, kerja-kerja struktur pembinaan, kilang penapis minyak, membaiki kereta, penyelenggaraan bengkel, peralatan elektrik dan loji jentera perindustrian.
Ketua Bahagian | ||
Mohd Filluz Bin Esa | Muhammad Darul Redhuan Bin Muhammad Rawi | Mahadzir Bin Ismail |
Pegawai Latihan Vokasional (DV44) | Pen. Pegawai Latihan Vokasional (DV29) | Pen. Pegawai Latihan Vokasional (DV30) |
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |
Zulkifli Sarban Bin Abdullah | Mohd Jasri bin Ahmad | |
Pen. Pegawai Latihan Vokasional (DV40) | Pen. Pegawai Latihan Vokasional (DV36) | |
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | |
Hasnurul Mastura Binti Abdullah | Hayrul Nizam Bin Dahalan | |
Pen. Pegawai Latihan Vokasional (DV29) | Pen. Pegawai Latihan Vokasional (DV36) | |
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |
Kursus yang ditawarkan
Loading...