PENGENALAN INSTITUT
Institut Latihan Perindustrian Jitra merupakan institut yang ke 10 yang di bawah Jabatan Tenaga Manusia (dahulu dikenali sebagai Jabatan Tenaga Rakyat), Kementerian Sumber Manusia dan telah siap dibina pada tahun 1989 dan mula beroperasi pada tahun 1990.
Institut ini didirikan dalam kawasan Bandar Darulaman di daerah Kubang Pasu, Lebih kurang 20 kilometer dari Alor Setar ibu negeri Kedah. Luas kawasan institut lebih kurang 12 hektar dengan kos lebih kurang RM16 juta bagi pembinaan bangunan termasuk kos pembelian alat-alat kelengkapan.
Sehingga kini ILP Jitra mempunyai pelbagai kemudahan yang diperlukan bagi menjalankan latihan kepada pelajar disamping mempunya pelbagai kemudahan untuk aktiviti riadah seperti gelanggang futsal, padang bola sepak, gelanggang bola tampar, gelanggang tenis, gelanggang badminton dan lain-lain.
Sepanjang kewujudan ILP Jitra, Institut ini telah berjaya menghasilkan lebih kurang 1400 graduan yang terlatih bagi keperluan industri.
Loading...