
Tahniah dan syabas diucapkan kepada wakil ILP Jitra (Kursus Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara) diatas kejayaan merangkul Gold Award dalam pertandingan ITEX'22Projek inovasi kali ini bertajuk Filter Monitoring System (FMS) dari bahagian Teknologi PPU, ILP Jitra telah dipilih sebagai salah satu daripada 6 projek inovasi untuk mewakili Jabatan Tenaga Manusia (JTM) ke pertandingan ITEX'22 yang berlangsung di KLCC pada 26 -27 MEI 2022.Selain daripada itu pihak ILP Jitra juga telah diberi tanggungjawab untuk mereka bentuk poster bagi kesemua 6 projek ILJTM yang bertanding.Keputusan pertandingan ini menyaksikan ILP Jitra berjaya memperolehi Gold Award dalam pertandingan tersebut. Keputusan keseluruhan ILJTM berjaya merangkul 4 Gold dan 2 Silver award.Tahniah dan syabas diucapkan kepada wakil ILP Jitra dan kesemua ILJTM yang berjaya.