PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DAN KACAU BUBUR ASYURA
5 November 2020 – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ILP Jitra dan Jawatankuasa Surau Al-Iman dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK) ILP Jitra telah berjaya menganjurkan Aktiviti Gotong-Royong Memasak Bubur Asyura sempena Sambutan Maulidur Rasul 1442 Hijrah peringkat institut. Aktiviti ini dianjurkan bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah sesama pelajar institut serta staf selain bagi menjayakan sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini. Sebanyak 498 bekas bubur asyura telah diagihkan kepada pelajar-pelajar dan staf ILP Jitra. Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan program ini.
Loading...