ILP Jitra

Switch to desktop

  1. Pengenalan
  2. Senarai Kursus
  3. Permohonanan
  4. Persijilan
  5. Yuran
  6. Elaun
  7. Kemudahan
  8. Solan Lazim

Kursus Sepenuh Masa - Pengenalan




Institut Latihan Perindustrian (ILP) Jitra ialah sebuah institut latihan kemahiran di bawah Jabatan Tenaga Manusia,Kementerian Sumber Manusia. Institut ini menawarkan latihan kemahiran secara sepenuh masa kepada pelajar-pelajar lepasan sekolah yang berminat untuk menceburi kerjaya dalam bidang teknikal.

Kursus sepenuh masa yang dijalankan di ILP Jitra adalah dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berusia antara 17 tahun hingga 40 tahun.

Pengambilan pelajar dibuat dua kali setahun iaitu pada bulan Januari dan Julai setiap tahun. Iklan mengenai pengambilan pelajar biasanya dikeluarkan di akhbar utama tempatan pada bulan Mac dan September.

Tempoh kursus ialah di antara 18 bulan sehingga 30 bulan bergantung kepada bidang yang dipelajari. Pelajar yang berjaya menamatkan latihan akan dianugerahkan sijil oleh Jabatan Tenaga Manusia, Jabatan Pembangunan Kemahiran dan Suruhanya Tenaga (bagi kursus pendawaian elektrik).

Kursus Sepenuh Masa - Senarai Kursus

Teknologi Pemesinan Am (Kod Kursus: A02)

KETERANGAN KURSUS

Dalam kursus ini, pelajar akan diajar membuat pelbagai alat atau alat ganti dengan menggunakan mesin seperti mesin kisar, canai dan larik, membaca dan memahami pelan, penggunaan mesin perkakas yang sesuai untuk sesuatu benda kerja.
 
Pembelajaran di sini disampaikan dalam bentuk 30% Teori dan 70% Praktikal. Ini bagi mengimbangi keperluan pengetahuan dan kemahiran yang perlu bagi seseorang juruteknik
Sistem Latihan : 

1. Sistem keterampilan yang diperakui oleh:

a) Jabatan Pembangunan Kemahiran
b) Jabatan Perkhidmatan Awam
 
c) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
 

Sistem Peperiksaan :
 

1. Sistem Pentauliahan berasaskan Kemahiran
 
2. Sistem CGPA yang diperakui oleh Lembaga Akreditasi Negara (LAN)

PELUANG PEKERJAAN

Pemesin Am (Operasi Larik/Canai/Kisar) atau pekerjaan lain yang berkaitan dalam bidang pemesinan.

Pelajar juga berpeluang menyambung pengajian ke tahap Diploma di Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia yang ditawarkan.

Teknologi Pembuat Acuan Pembentuk (Kod Kursus: A05)

KETERANGAN KURSUS

Kursus in merangkumi reka dan bena acuan, konsep rawatan haba serta memahami lukisan kejuruteraan, Pelajar juga akan diajar tentang proses pengacuan plastik, cara membuat serta membaiki acuan dan lain-lain lagi.
 
Pembuat Acuan Pembentuk merupakan satu program latihan kemahiran yang memberikan latihan asas dari segi teori dan amali kepada para pelajar dalam bidang pembuatan acuan suntikan plastik, dilatih supaya menjadi tenaga mahir agar dapat memenuhi keperluan industri di dalam bidang pembuatan acuan suntikan plastik khususnya. Para lepasan Sijil Juruteknik Perindustrian Pembuat Acuan Pembentuk secara khususnya boleh membabitkan diri secara terus ke dalam bidang pembuatan acuan suntikan plastik sebagai "mould maker". Para graduan juga layak berperanan sebagai operator mesin konvesional atau operator mesin kawalan berangka komputer (CNC) , operator kawalan kualiti,pelukis lukisan kejuruteraan atau operator mesin suntikan plastik.

 

Kemudahan Latihan

- Bengkel Dan Makmal Komputer (Kelengkapan peralatan adalah memenuhi kehendak persijilan serta kemudahan makmal komputer).
- Elaun (Elaun saku sebanyak RM 100 sebulan. Elaun semasa Latihan Indusri sebanyak RM300 sebulan). 

- Penginapan (Penginapan asrama dan makan diberikan percuma). 

- Riadah (Surau, dewan besar, dewan kuliah, padang permainan untuk kegiatan sukan, riadah dan kegiatan keagamaan). 

Tempoh Kursus

Tempoh masa kursus adalah selama 12 bulan latihan di ILP Jitra dan 3 bulan Latihan Industri (30% Teori dan 70% Praktikal).

Kelayakan Masuk

Lulus Bahasa Malaysia dan Kepujian Math/Math Tambahan atau Sains/fizik/subjek teknikal.

Persijilan

Para pelajar yang telah mengikuti kursus ini dengan jayanya akan memperolehi :-
• Sijil Teknologi Jabatan Tenaga Manusia.
• Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 hingga 3.

Sistem Peperiksaan

• Sistem Pentauliahan berasaskan Kemahiran JPK.
• Sistem CGPA JTM.

Prospek Kerjaya

Peluang pekerjaan dalam bidang ini sangat baik. Ia meliputi sektor awam 30%, Ia meliputi sektor awam 30% dan sektor swasta 70%. Ini kerana,kebayangkan sektor perkilangan kini adalah bertumpu kepada sektor pembuatan dan pengeluaran.

 
Operator mesin konvesional atau operator mesin kawalan berangka komputer (CNC) , Operator kawalan kualiti,pelukis lukisan kejuruteraan atau operator mesin suntikan plastik. Sektor Awam (RM700-RM1,000), Sektor Swasta (RM800-RM1,500).

Teknologi Mekanik Industri (Kod Kursus: A01)

KETERANGAN KURSUS

Kursus ini membolehkan pelajar-pelajar memperolehi kemahiran teori dan amali dalam menggunakan alat – alat tangan dan pengukuran, kerja-kerja asas logam, mengenal dan membuat kerja mengimpal dan fabrikasi, penyelenggaraan berbagai jenis mesin di worksyop, membaikpulih alat – alat mesin, pengurusan worksyop dan berpengetahuan dalam aspek keselamatan di worksyop. Lulusan kursus ini akan menerima Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 & 2.
 
Pembelajaran di sini disampaikan dalam bentuk 30% Teori dan 70% Praktikal. Ini bagi mengimbangi keperluan pengetahuan dan kemahiran yang perlu bagi seseorang juruteknik
Sistem Latihan :

1. Sistem keterampilan yang diperakui oleh:

a) Jabatan Pembangunan Kemahiran
b) Jabatan Perkhidmatan Awam

c) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam


Sistem Peperiksaan :


1. Sistem Pentauliahan berasaskan Kemahiran

2. Sistem CGPA yang diperakui oleh Lembaga Akreditasi Negara (LAN)

PELUANG PEKERJAAN

Juruteknik Penyelenggaraan atau pekerjaan lain yang berkaitan dalam bidang penyelenggaraan mekanikal di sektor Pengilangan.

Pelajar juga berpeluang menyambung pengajian ke tahap Diploma di Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia yang ditawarkan.

Teknologi Automotif (Kod Kursus: A11)

KETERANGAN KURSUS

Kursus Teknologi Automotif dikendalikan oleh Bahagian Teknologi Automotif yang berada di bawah Jabatan Mekanikal Servis, Institut Latihan Perindustrian Jitra. Kursus ini menumpukan kepada kereta-kereta penumpang dan kenderaan ringan.
 
Kursus Automotif adalah kursus yang melibatkan kerja-kerja latihan menyelenggara, merombakrawat dan membaikpulih kenderaan dimana ianya melibatkan beberapa sistem seperti sistem enjin, sistem autoelektrik, sistem penghantaran, sistem brek, sistem penyamanan udara kereta, sistem gantungan dan sistem stering. Pelajar yang mengikuti kursus ini akan didedahkan dengan pembelajaran teori dan praktikal yang memenuhi kehendak persijilan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) sehingga ke tahap 3, Sijil Teknologi dan mereka berpeluang menyambung pelajaran hingga ke Tahap 4 & Tahap 5 di Adtec Melaka

 

Objektif Latihan

- Melahirkan tenaga kerja mahir didalam bidang Automotif yang diperlukan oleh sektor Industri Automotif Negara.
- Meningkatkan kualiti kemahiran pekerja-pekerja industri bagi membolehkan mereka memberi sumbangan dengan lebih berkesan ke arah pembangunan negara. 

- Mewujudkan peluang untuk belia lepasan sekolah mendapatkan latihan kemahiran perindustrian yang sistematik bagi membolehkan mereka mendapat pekerjaan. 

Kemudahan Latihan

- Bengkel Dan Makmal Komputer (Kelengkapan peralatan adalah memenuhi kehendak persijilan serta kemudahan makmal komputer).
- Elaun (Elaun saku sebanyak RM 100 sebulan. Elaun semasa Latihan Indusri sebanyak RM300 sebulan). 

- Penginapan (Penginapan asrama dan makan diberikan percuma). 

- Riadah (Surau, dewan besar, dewan kuliah, padang permainan untuk kegiatan sukan, riadah dan kegiatan keagamaan). 

Tempoh Kursus

Tempoh masa kursus adalah selama 2 tahun (latihan) dan 6 bulan Latihan Industri.

Kelayakan Masuk

Kelayakan untuk memasuki kursus Teknologi Automotif ialah Lulus dalam SPM/SPMV serta lulus matapelajaran Matematik dan Sains.

Persijilan

Para pelajar yang telah mengikuti kursus ini dengan jayanya akan memperolehi :-
• Sijil Teknologi Jabatan Tenaga Manusia.
• Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 hingga 3.

Prospek Kerjaya

Lulusan ILP mempunyai peluang kerjaya yang cerah dan menarik di pusat servis kenderaan, kilang pemasangan kereta atau membuka bengkel sendiri. Mereka berpeluang bekerja di industri-industri automotif seperti Proton, Perodua, Toyota, Honda, Mercedes, dll. Mereka juga berpeluang melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat Diploma dan Diploma Lanjutan di institusi institusi kemahiran lanjutan seperti ADTEC, JMTI, GMI, MFI dan IKTBN.

Teknologi Kenderaan Perdagangan Berat (Kod Kursus: A13)

KETERANGAN KURSUS

Pelatih-pelatih  mempelajari kaedah mengenal pasti kerosakan, servis, mengganti komponen dan membaikpulih kenderaan perdagangan berat seperti trak, bas, lori dan trailer samada bagi pengangkutan awam, syarikat kontena, syarikat pembinaan, pengakutan barang dll. 
Juga dikenali sebagai mekanik bas, mekanik lori, mekanik trak, dll
 
Kaedah pembelajaran adalah 30% teori dan 70% amali. Pelatih-pelatih akan mempelajari bagaimana untuk mengenal pasti kerosakan, membaiki, mengganti dan servis system brek, sistem enjin, sistem pengambilan udara, sistem ekzos, system elektrik, sistem gantungan, sistem steering, sistem hidrolik, system pneumatic, system pendingin udara, system penyejuk enjin, system bahanapi, sistem kawalan elektronik (ECU) dll. Pelatih-pelatih juga didedahkan dengan kaedah pemanduan kenderaan berat dan juga asas teknologi maklumat & informasi.
 
Selain dari itu pelatih-pelatih juga diajar mata pelajaran Sains Kejuruteraan, Matematik, Bahasa Inggeris, Pendidikan Agama Islam/Moral. Mereka juga didedahkan dengan aktiviti ko-korikulum dan persatuan-persatuan berunifom.
 
Setelah tamat latihan di ILP pelatih-pelatih perlu menjalani latihan di industri (OJT) selama 3 bulan.
Setelah tamat kursus selama 15 bulan, pelatih-pelatih adalah berkebolehan untuk :
  • Memandu-uji kenderaan perdagangan berat
  • Menala (tune) dan melakukan kerja-kerja servis pada kemderaan
  • Mencari dan mengenal pasti (trouble shooting) kerosakan mekanikal, elektrikal dan elektronik
  • Memberi nasihat kepada pemilik kenderaan pembaikan yang perlu dibuat.
  • Menyediakan anggaran masa dan kos untuk sebarang pembaikan kenderaan berat.
  • Melaksanakan kerja-kerja yang perlu melibatkan penggantian komponen-komponen yang rosak pada kenderaan berat.
  • Melakukan kerja-kerja pemeriksaan, baikpulih dan servis berkala pada kenderaan perdagangan berat.
Pelatih-pelatih yang berjaya dengan keputusan yang cemerlang berpeluang menyambung latihan ke peringkat diploma samada di Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTi) atau Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) yang juga dikendalikan oleh Jabatan Tenaga Manusia. Setelah memperolehi diploma mereka boleh menyambung lagi ke peringkat ijazah di universiti terpilih, contohnya UNIKL.
 
 
 
PELUANG PEKERJAAN
Pertumbuhan pesat dalam industri pengangkutan memerlukan ramai mekanik dalam bidang ini untuk melakukan kerja-kerja mengenal pasti kerosakan, mengganti komponen, servis dan baikpulih kenderaan perdagangan berat seperti bas, lori dan trak. Peluang kepada lepasan ILP Jitra dalam bidang ini adalah amat cerah sekali kerana tanpa kemahiran dan pengetahuan dalam bidang ini adalah mustahil untuk seseorang untuk menceburinya.
Pertumbuhan ekonomi yang pesat telah merancakkan lagi aktiviti industri binaan, syarikat pengangkutan awam, syarikat pengangkutan kontena, syarikat pembekal alat-ganti, syarikat-syarikat pembekal, syarikat-syarikat servis, syarikat-syarikat sewaan kenderaan berat dll.
Sebagai tambahan, sektor binaan bangunan, pembinaan lebuhraya dan juga jambatan memerlukan lebih ramai mekanik yang berkebolehan untuk servis dan membaiki kenderaan berat yang semakin canggih yang semestinya memerlukan mekanik yang terlatih.
 
 
 
GAJI / UPAH
Mekanik kenderaan perdagangan berat memperolehi purata gaji bulanan antara RM1,000 hingga RM1,500 bergantung kepada kebolehan pada peringkat permulaan dan percubaan. Purata pendapatan setahun adalah RM12,000 hingga RM18,000 manakala mekanik yang berkemahiran tinggi pendapatannya mencecah RM24,000 hingga RM30,000 setahun.

Teknologi Kimpalan Arka dan Gas (Kod Kursus: A08)

*Dalam Kemaskini

Teknologi Elektrik Fasa Tunggal (Kod Kursus: B01)

*Dalam Kemaskini

Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara (Kod Kursus: B02)

*Dalam Kemaskini

Teknologi Elektrik Tiga Fasa (Kod Kursus: B08)

*Dalam Kemaskini

Teknologi Plastik (Kod Kursus: E01)

*Dalam Kemaskini

Kursus Sepenuh Masa - Permohonan

Syarat Kemasukan

Individu yang memohon kursus sepenuh masa di ILP hendaklah memenuhi syarat seperti berikut:
 • Mempunyai kelayakan SPM iaitu lulus Bahasa Melayu dan lulus matapelajaran Matematik atau Sains atau Fizik.
 • Bagi kemasukan terus ke Tahap 3, pemohon mesti lulus SPM dan memiliki SKM Tahap 2 dalam bidang berkaitan.
 • Bagi kursus Teknologi Elektrik 3 Fasa, pemohon mestilah memiliki Sijil Kekompetenan PW2 dari Suruhanjaya Tenaga.

Kaedah Memohon

Bagi pengambilan pelajar baru ke ILP Sesi Julai 2011, permohonan kemasukan telah dipusatkan di Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi. Untuk maklumat lanjut bagi pusat latihan dan kursus yang ditawarkan, sila layari laman web UPU di URL http://upu.mohe.gov.my.

Pemohon perlu membeli Nombor Unik ID (sila klik untuk lihat contoh) dari Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk tujuan login ke laman web UPU.

Iklan kemasukan telah dikeluarkan di semua akhbar utama pada 9 Januari 2011 dan akan disiarkan semula pada 13 Mac 2011. Tarikh tutup permohonan adalah pada 4 April 2011. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan peluang melanjutkan pelajar ke ILP, pemohon boleh mengunjungi Karnival Pengajian Tinggi Negara Tahun 2011 di 11 Zon di seluruh negara yang akan berakhir pada 3 April 2011. Tarikh dan lokasi karnival diiklankan dan disiarkan di media elektronik dan massa.

Bagi sebarang pertanyaan berkenaan permohonan kemasukan, pemohon boleh menghubungi Institut Latihan Perindustrian Jitra di talian 04-9161926. Pegawai bertanggungjawab ialah En Mohammad Nashir Bin Mohammad Salleh (sambungan 106).

Klik Untuk Muat Turun Iklan Pengambilan Sesi Julai 2011

Kursus Sepenuh Masa - Persijilan

Sijil Juruteknik Perindustrian
Sijil ini dianugerahkan oleh Jabatan Tenaga Manusia kepada pelajar-pelajar yang berjaya menyempurnakan latihan kemahiran mengikut syarat yang telah ditetapkan. Tempoh latihan bagi program Sijil Juruteknik Perindustrian ialah selama 18 bulan. Bilangan kredit minima yang diperlukan untuk layak dianugerahkan sijil ialah sebanyak 40 jam kredit.

Sijil Teknologi
Sijil ini dianugerahkan oleh Jabatan Tenaga Manusia kepada pelajar-pelajar yang berjaya menyempurnakan latihan mengikut syarat yang telah ditetapkan. Tempoh latihan bagi program Sijil Teknologi ialah 30 bulan. Bilangan kredit minima yang perlu disempurnakan bagi SJP ialah sebanyak 60 kredit.

Sijil Kemahiran Malaysia
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dianugerahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Pihak JPK telah memberi kelulusan kepada ILP Jitra untuk menjalankan program latihan kemahiran bagi tahap 1, 2 dan 3. Pelajar yang menjalani latihan di bawah program SJP layak dipersijilkan sehingga SKM Tahap 1 dan 2. Manakala pelajar yang mengikuti latihan di bawah program Sijil Teknologi layak dipersijilkan hingga SKM Tahap 3. 

Sijil Kekompetenan
Sijil Kekompetenan dianugerahkan oleh Suruhanjaya Tenaga kepada pelajar-pelajar yang berjaya mengikuti latihan pendawaian dan lulus dalam ujian dan peperiksaan yang dijalankan oleh pihak suruhanjaya. Hanya pelajar-pelajar dari kursus Teknologi Elektrik sahaja yang terlibat dalam persijilan ini.

Laluan Kerjaya

 


Perbandingan Laluan Akademik Dan Kemahiran

Kursus Sepenuh Masa - Yuran

Yuran pengajian adalah percuma kecuali untuk pelajar tajaan sahaja.

 

 

 

 

 

Nota :

Bayaran diatas tidak termasuk lain-lain bayaran seperti bayaran kelengkapan pelajar yang dikenakan semasa sesi pendaftaran.

Kursus Sepenuh Masa - Elaun

Pelajar-pelajar sepenuh masa yang menerima tajaan Jabatan Tenaga Manusia akan menerima elaun bulanan sebanyak RM 100 (Satu Ratus Ringgit).

Pada penghujung kursus, pelajar akan menjalani latihan industri selama 6 bulan di mana dalam tempoh ini, pelajar akan menerima elaun bulanan sebanyak RM 300 (Tiga Ratus Ringgit). Pihak syarikat di mana pelajar ditempatkan biasanya akan turut membayar elaun bulanan kepada pelajar.

Kursus Sepenuh Masa - Kemudahan

Kemudahan Infrastruktur yang terdapat di ILP Jitra iaitu :

 

  • 1 blok bangunan pentadbiran

  • 2 blok bilik kuliah dan 5 blok bengkel

  • Sebuah Dewan Kuliah Utama (DKU) yang boleh memuatkan 350 kapasiti pelajar

  • Sebuah dewan serbaguna yang boleh memuatkan 450 hingga 500 kapasiti

  • Sebuah Pusat Sumber dan Makmal Komputer

  • Surau

  • 5 blok asrama 790 kapasiti pelajar

  • Dewan Makan

  • 2 padang bola dan gelanggang sukan

  • Rumah Staf (1 unit kelas D, 2 unit kelas E dan 10 unit kelas H)

     

Kemudahan Sukan dan Riadah

 

  • 2 padang bola sepak

  • Padang hoki

  • Gelanggang futsal

  • Gelanggang Tennis

  • Gelanggang Takraw

  • Gelanggang Badminton

  • Gelanggang Bola Tampar

  • Gelanggang Bola Keranjang

  • Gelanggang Bola Jaring

  • Pingpong

  • Gimnasium

Kursus Sepenuh Masa - Soalan Lazim

 

1. Apakah kursus-kursus yang ditawarkan oleh ILP Jitra ?

Terdapat 9 kursus yang ditawarkan iaitu :- TEKNOLOGI AUTOMOTIF, TEKNOLOGI KENDERAAN PERDAGANGAN BERAT, TEKNOLOGI KIMPALAN ARKA DAN GAS, TEKNOLOGI PENYEJUKBEKUAN DAN PENYAMANAN UDARA, TEKNOLOGI MEKANIK INDUSTRI, TEKNOLOGI PEMESINAN AM, TEKNOLOGI PLASTIK, TEKNOLOGI ELEKTRIK DAN ELEKTRIKAL, TEKNOLOGI PEMBUATAN PERKAKASAN (MOULD)

 

2. Apakah kelayakan yang membolehkan seseorang itu memohon untuk mengikuti latihan di ILP Jitra ?

Kelayakan bagi pemohon ialah :-

1) Warganegara Malaysia

2) Lepasan sekolah atau pekerja industri yang berumur antara 17 hingga 30 tahun.

3) Kelulusan akademik bergantung kepada kursus yang dipohon.

 

 

3. Adakah sijil lulusan ILP di iktiraf oleh Kerajaan?

Sijil yang dikeluarkan oleh ILP diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam melalui Sistem Pentauliahan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK). Kebanyakan lulusan ILP tidak sukar untuk memperolehi peluang pekerjaan di pelbagai sektor.

 

 4. Mengapa saya harus pilih ILP Jitra sebagai Institusi pilihan pertama?

ILP Jitra harus menjadi pilihan pertama anda kerana anda akan dibekalkan dengan latihan kemahiran yang teratur berdasarkan Standard Kemahiran Malaysia (SKM), dibantu pula dengan tenaga pengajar yang mahir serta kemudahan peralatan latihan yang canggih dan terkini selaras dengan pembangunan industri.

 

5. Kemanakah arah tuju saya setelah tamat latihan di ILP Jitra?

Anda berpeluang untuk melanjutkan pelajaran anda di beberapa institusi latihan kemahiran lanjutan dibawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM) seperti Japan Malaysia Technical Institute(JMTI),Advance Technical Centre (ADTEC) atau Pusat Latihan Pengajar & Kemahiran Lanjutan (CIAST). Anda juga boleh menjadi menjadi salah seorang pekerja mahir di sektor awam ataupun swasta.

 

6. Berapakah bilangan ILJTM yang terdapat di Malaysia?  

Terdapat 30 buah ILJTM di seluruh Malaysia yang diletakkan di bawah Jabatan Tenaga Manusia, iaitu teridiri daripada Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI), 19 buah Institut Latihan Perundustrian (ILP), dan 7 buah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC). Berikut adalah senarai ILJTM dibawah Kementerian Sumber Manusia.

  • Japan Malaysian Technical Institute (JMTI) Pulau Pinang
  • ADTEC Shah Alam
  • ADTEC Batu Pahat
  • ADTEC Melaka
  • ADTEC Kulim
  • ADTEC Kemaman
  • ADTEC Jerantut
  • ADTEC Bintulu
  • ILP Kuala Lumpur
  • ILP Kuala Langat
  • ILP Ipoh
  • ILP Selandar
  • ILP Bukit Katil
  • ILP Pedas
  • ILP Mersing
  • ILP Pasir Gudang
  • ILP Muar
  • ILP Kepala Batas
  • ILP Nibong Tebal
  • ILP Kangar
  • ILP Jitra
  • ILP Kuantan
  • ILP Kuala Terengganu
  • ILP Kota Bharu
  • ILP Labuan
  • ILP Kota Kinabalu
  • ILP Sandakan
  • ILP Miri
  • ILP Kota Samarahan
  • ILP Perai
  • ILP Marang

 

Tarikh dikemaskini pada 06 Disember 2012

Disediakan oleh : Webmaster

 
 
     

Last modified on