
18 May 2022 - Latihan berpusat di ILP Jitra untuk Peserta Pertandingan Pra-Kelayakan WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) 2022 Bidang Kimpalan. Seramai 28 orang peserta dan 22 orang pengajar pakar daripada 14 buah institusi ILJTM telah mengambil bahagian dalam Latihan Pusat ini yang diadakan di ILP Jitra pada 17-19 Mei 2022.
Program ini sebagai pendedahan awal kepada peserta-peserta yang bertanding di dalam Pertandingan WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) 2022 bagi mempersiapkan diri dan memberi keyakinan kepada peserta sebelum menghadapi pertandingan sebenar nanti.